Skip to main content

Dunia

Zahid Hamidi cerita pengalaman 10 malam terakhir di Makkah

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi menceritakan pengalaman beliau berada di Makkah pada 10 malam terakhir Ramadan ketika dipilih sebagai timbalan perdana menteri.

Anggaran Waktu Membaca:
Zahid Hamidi cerita pengalaman 10 malam terakhir di Makkah

Zahid Hamidi (kanan) di sebuah majlis taddarus Al Quran. (Gambar: Zahid Hamidi/Facebook)

Diterbitkan : 25 May 2019 11:21PM Dikemas Kini : 25 May 2019 11:44PM

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi menceritakan pengalaman beliau berada di Makkah pada 10 malam terakhir Ramadan ketika dipilih sebagai timbalan perdana menteri.

"Pada tahun 2015 ketika saya kerjakan umrah untuk 10 Ramadan terakhir pada malam 25 Ramadan, saya lihat 18 'missed calls'.

"Saya telefon balik. Saya tak tahu nombor siapa. Bila saya 'call', saya cakap assalamualaikum, rupanya bossku. Dia 'cakap you have to come back now'."

"Saya kata saya tak boleh balik sebab nak tunggu malam ke-27 Ramadan. Rupanya dia lantik saya sebagai TPM," beliau bercerita kepada orang ramai di majlis berbuka puasa di sebuah surau di Bangi pada Sabtu (25 Mei), lapor Malaysiakini.

'Bossku' adalah gelaran yang diberikan kepada mantan perdana menteri Najib Razak oleh pengguna media sosial.

KOPIAH TERPELANTING DISERBU BURUNG

Selain itu, Encik Zahid juga menceritakan pengalaman ketika mengerjakan umrah bersama pendakwah terkemuka, Allahyarham Harun Din, Encik Najib dan isteri.

"Kebetulan lepas sahur, Najib, Rosmah, Tun Rahah (Ibu Najib), Tun Suhailah (ibu Hishamuddin Hussein), saya dan isteri turun ke dataran kaabah.

"Beberapa orang wanita Arab bagitahu ada tujuh ekor burung tawaf di atas kaabah. Ketika itu saya sedang solat hajat. Saya diserbu dari belakang. Kopiah saya terpelanting.

"Dan orang bertumpu ke kaabah ketika itu. Saya tak tahu kerana tak ada signal tentang lailatulqadar. Tapi dalam sujud terakhir, saya doa berikan aku dan rombongan ku Lailatulqadar.

"Pagi tu, subuh, hujan dari Makkah ke Madinah sampai banjir. Sebab keganjilan Ini bukan Tuhan berikan signal, Tuhan nak uji siapa kalangan hamba-hamba yang benar-benar taat," kata beliau kepada Malaysiakini.

10 MALAM TERAKHIR DI BANGI

Namun, Encik Zahid kini menghadapi 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Oleh itu, pada tahun ini beliau tidak dapat menghabiskan malam terakhir Ramadan di Makkah kerana mahkamah enggan memulangkan pasportnya.

"Ketiga-tiga mahkamah tinggi, rayuan, federal, menolak untuk saya pergi.

"Mungkin lailatulqadar bukan hanya di Makkah dan Madinah, tapi di Bangi," katanya.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita