Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Zahid Hamidi bebas pertuduhan rasuah berhubung Visa Luar Negara

Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada Jumaat (23 Sep) melepas dan membebaskan bekas Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Hakim Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Encik Ahmad Zahid, 69 tahun, di akhir kes pendakwaan.

Ahmad Zahid, berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Encik Ahmad Zahid didakwa mendapatkan untuk dirinya wang tunai S$1.15 juta, RM3 juta (S$931,047), 15,000 Swiss Franc (S$21,780) dan AS$15,000 (S$21,269) daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau ketika itu.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan