YouTube akan patuh larangan media sosial Australia
YouTube, syarikat milik Google berkongsi "kemas kini menghampakan" kepada berjuta-juta pengguna dan pencipta kandungan Australia pada Rabu (3 Dis), di mana ia menyatakan bahawa ia akan mematuhi larangan media sosial bagi golongan remaja, pertama seumpamanya di dunia, dengan mengunci para pengguna bawah usia 16 tahun daripada akaun masing-masing dalam tempoh beberapa hari.
Anggaran Waktu Membaca:
SYDNEY: YouTube, syarikat milik Google berkongsi "kemas kini menghampakan" kepada berjuta-juta pengguna dan pencipta kandungan Australia pada Rabu (3 Dis), di mana ia menyatakan bahawa ia akan mematuhi larangan media sosial bagi golongan remaja, pertama seumpamanya di dunia, dengan mengunci para pengguna bawah usia 16 tahun daripada akaun masing-masing dalam tempoh beberapa hari.
Keputusan itu menamatkan kebuntuan antara gergasi internet itu dengan pemerintah Australia, yang sebelum ini mengecualikan YouTube daripada sekatan umur itu, sambil menukil kegunaannya bagi tujuan pendidikan.
Google sebelum ini menyatakan ia sedang mendapatkan nasihat guaman tentang bagaimana untuk memberi respons untuk disertakan ke dalam senarai itu.
"Para penonton kini perlu berusia 16 atau lebih daripada itu untuk melog masuk ke dalam YouTube," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.
"Ia satu kemas kini yang menghampakan yang perlu kami kongsikan. Undang-undang ini tidak akan memenuhi janjinya untuk memastikan keselamatan kanak-kanak di wadah online, dan sebaliknya, membuat kanak-kanak di Australia kurang selamat di YouTube."
Larangan media sosial yang diperkenalkan di Australia itu juga dipantau secara teliti oleh bidang kuasa yang lain yang sedang menimbangkan langkah serupa berdasarkan usia, sekali gus berpotensi mewujudkan preseden global tentang bagaimana kebanyakan syarikat-syarikat gergasi teknologi Amerika yang mengendalikan platform-platform terbesar mengimbangi antara keselamatan kanak-kanak dengan akses kepada khidmat digital.
Pemerintah Australia menyatakan langkah itu bertindak balas kepada bukti yang semakin meningkat bahawa platform-platform itu gagal melakukan sebaiknya untuk melindungi kanak-kanak daripada kandungan bahaya.
DILOG KELUAR
YouTube menyatakan sebarang pengguna berusia bawah 16 tahun akan dilog keluar secara automatik daripada akaun masing-masing mulai 10 Dis, bermakna mereka tidak lagi boleh melanggan, memberi tanda suka atau meninggalkan komen pada catatan, walaupun mereka tetap boleh menonton kandungan di YouTube setelah dilog keluar daripada laman itu.
Ini juga bermakna pencipta kandungan bawah umur tidak lagi boleh melog masuk atau memuat naik kandungan. YouTube bagaimanapun tidak mendedahkan bagaimana ia akan mengesahkan usia pengguna.

Sumber : Reuters/HA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.