Skip to main content

Dunia

Yoshihide Suga besar kemungkinan ganti PM Shinzo Abe

Dalam arena politik Jepun, gambarannya kini semakin jelas siapa bakal pengganti Encik Shinzo Abe sebagai Perdana Menteri negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Yoshihide Suga besar kemungkinan ganti PM Shinzo Abe

Encik Yoshihide Suga. (Gambar: REUTERS/Issei Kato)

Diterbitkan : 01 Sep 2020 06:57PM Dikemas Kini : 01 Sep 2020 07:01PM

TOKYO: Dalam arena politik Jepun, gambarannya kini semakin jelas siapa bakal pengganti Encik Shinzo Abe sebagai Perdana Menteri negara itu.

Besar kemungkinan jawatan itu disandang Ketua Setiausaha Kabinet sekarang, Encik Yoshihide Suga.

Encik Suga mendapat sokongan kumpulan terbesar dalam Parti Liberal Demokratik (LDP) yang memerintah menjelang pemilihan pemimpin barunya pada 14 hari bulan ini.

Media tempatan menyatakan Encik Suga yang sudah lama menjadi orang kanan PM Abe akan mengumumkan hasratnya untuk bertanding, esok (2 Sep).

Pemimpin LDP sudah pasti menjadi PM Jepun kerana parti itu menguasai Dewan Rendah parlimen atau Diet.

Dewan Rendah akan memilih PM baru pada 17 hari bulan.

Meskipun Encik Suga mendapat sokongan kumpulan terbesar dalam LDP, seorang lagi calon Shigeru Ishiba pula didapati paling popular dalam kalangan rakyat Jepun berdasarkan satu tinjauan pendapat pada hujung minggu lalu.

Mantan Menteri Pertahanan itu berkata lebih ramai rakyat menyokongnya kerana beliau tidak termasuk dalam kumpulan pentadbiran sekarang.

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita