Yoon Suk Yeol dijangka ditahan dalam sel tahanan sendirian
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: JUNG YEON-JE / AFP)
SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol diberkas pada Rabu (15 Jan) sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap tuduhan melakukan pemberontakan.
Dalam tempoh soal siasat ini, beliau juga dijangka ditahan di dalam sel sendirian di sebuah pusat tahanan.
Walaupun beliau adalah presiden pertama yang ditangkap di Korea Selatan, tokoh berprofil tinggi lain termasuk mantan Presiden Park Geun-hye dan Pengerusi Samsung Electronics Jay Y. Lee juga pernah dimasukkan ke Pusat Tahanan Seoul.
Berikut apa yang dijangka berlaku kepada presiden itu, yang dahulunya seorang pendakwa raya, dalam beberapa hari akan datang.
SOFA DI BILIK SOAL SIASAT
Presiden Yoon dibawa ke beberapa pejabat di Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO) yang mengetuai siasatan terhadap peranannya dalam pengisytiharan undang-undang tentera pada 3 Disember lalu.
CIO ialah agensi bebas yang dilancarkan pada 2021 untuk menyiasat pegawai berpangkat tinggi termasuk presiden dan ahli keluarga mereka tetapi ia tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa presiden dan mesti merujuk sebarang kes kepada pejabat pendakwa untuk tindakan selanjutnya.
Pejabat itu terletak di kompleks pemerintah di Gwacheon yang bersempadan dengan ibu kota Seoul, sekitar 10 minit dengan iringan polis dari kediaman rasmi presiden.
CIO menyediakan senarai soal selidik sebanyak lebih 200 muka surat untuk Presiden Yoon. Walaupun pihak berkuasa bersedia merakam soal siasat itu, ia bagaimanapun tidak dirakam kerana Presiden Yoon enggan dirakam, kata seorang pegawai CIO.
Kemudahan soal siasat itu meliputi kawasan rehat yang baru disediakan, dengan sofa untuk Encik Yoon, lapor Agensi Berita Yonhap.
SEL TAHANAN SENDIRIAN
Pihak berkuasa mempunyai 48 jam untuk soal siasat Encik Yoon. Selepas itu, mereka perlu membebaskannya atau mendapatkan waran untuk menahannya selama 20 hari lagi.
Semasa dalam tahanan, Encik Yoon akan ditempatkan di Pusat Tahanan Seoul apabila dia tidak disoal siasat, walaupun terdapat kemungkinan bahawa dia tidak ada masa untuk ke sana dalam tempoh 48 jam jika soal siasat berterusan semalaman, menurut CIO.
Kemudahan itu terletak di bandar Uiwang, 22 km (14 batu) di selatan Seoul.
Mengikut kebiasaan dan disebabkan statusnya, Encik Yoon mungkin akan diberikan sel tahanan sendirian, yang mungkin lebih besar dan lebih baik daripada sel tunggal biasa sebesar 6.56 meter persegi.
Setibanya di pusat tahanan, Encik Yoon akan melalui pemeriksaan ID dan pemeriksaan kesihatan ringkas, dan menjalani kehidupan seorang tahanan praperbicaraan yang bangun pada pukul 6.30 pagi dan dipadamkan lampu pada jam 9.00 malam.
2,500 KALORI
Perkhidmatan Pemulihan Korea, yang mengendalikan penjara dan pusat tahanan negara itu, menyatakan dalam bahagian peraturan dan menunya bahawa ia menyediakan banduan dengan makanan sebanyak 2,500 kalori setiap hari dengan kos sekitar 1,600 won (S$1.50) setiap hidangan.
Menu di Pusat Tahanan Seoul pada Rabu termasuk makan malam sup taugeh, daging lembu barbeku, kimchi, lada dan sos bungkus, menurut maklumat yang diberikan oleh pusat itu.
Seorang pegawai di pusat itu enggan mengulas apabila ditanya sama ada ia dijangka akan menempatkan Encik Yoon.
20 HARI
Pihak berkuasa mempunyai tempoh maksimum 20 hari untuk mendakwa Encik Yoon dari saat dia ditangkap. Mereka mempunyai 48 jam untuk meminta waran tahanan rasmi daripada mahkamah, yang akan mempertimbangkan kemungkinan sama ada dia boleh cuba mengganggu bukti atau saksi.
CIO, yang akan menyoalnya dalam tempoh itu, terdiri daripada pendakwa raya di bawah ketuanya, Oh Dong-woon, yang sebelum ini seorang hakim.
Dua daripada empat bahagian siasatan buat masa ini tidak mempunyai kakitangan, dan hanya sembilan pendakwa raya dan timbalan Encik Oh sedang mengendalikan kes Encik Yoon, yang menimbulkan persoalan sama ada agensi itu mempunyai kapasiti untuk berjaya menuntut kes terhadap Encik Yoon.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.