Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Yayasan Temasek, Yayasan Sultan Ibrahim Johor sumbang pelitup, bekalan perubatan kepada Johor

Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIF) dan Yayasan Temasek dari Singapura memberi sumbangan pelitup, bekalan perubatan dan khemah kubik kepada Johor pada Selasa (14 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Yayasan Temasek, Yayasan Sultan Ibrahim Johor sumbang pelitup, bekalan perubatan kepada Johor

(Gambar: Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

JOHOR BARU: Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIF) dan Yayasan Temasek dari Singapura memberi sumbangan pelitup, bekalan perubatan dan khemah kubik kepada Johor pada Selasa (14 Sep).

Majlis penyerahan sumbangan diadakan di Istana Polo, Johor Baru dengan keberangkatan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada hari itu.

Dalam catatan Facebook pada Selasa, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata bahawa sebanyak 300,000 pelitup muka bermutu tinggi dan anti bakteria berjenama Livinguard disampaikan untuk kegunaan pelbagai pasukan barisan hadapan termasuk Askar Timbalan Setia Negeri johor.

Sumbangan bekalan peralatan serta perkakasan dialisis diberikan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi para pesakit yang menjalani rawatan Terapi Penggantian Ginjal Berterusan (CRRT) dan hemodialisis.

Selain itu, 16,000 khemah kubik diberikan kepada Jawatankuasa Bencana Negeri Johor untuk kegunaan penduduk yang terjejas oleh bencana alam dan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menteri Besar Johor Hasni Mohammad meluahkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sultan Johor dan Yayasan Temasek atas sumbangan itu.

"Sumbangan yang diterima ini khususnya bekalan dan peralatan perubatan penting untuk mempertingkatkan keupayaan rawatan di hospital di negeri ini," kata Encik Hasni kepada Royal Press Office (RPO), seperti dinukil catatan Facebook Sultan Johor.

Sumbangan berterusan itu juga melambangkan kerjasama kukuh Sultan Johor bersama Singapura dan Yayasan Temasek, menurut Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSIF Avinderjit Singh.

"Hubungan Johor dan Singapura serta Yayasan Temasek terus terjalin kukuh hasil kerjasama erat DYMM Sultan Johor," katanya.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan