Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Yayasan Siti Nurhaliza tambah bantuan untuk mangsa banjir, termasuk lebih 1,100 Quran

Yayasan Siti Nurhaliza tambah bantuan untuk mangsa banjir, termasuk lebih 1,100 Quran

Anggaran Waktu Membaca:
Yayasan Siti Nurhaliza tambah bantuan untuk mangsa banjir, termasuk lebih 1,100 Quran

(Gambar: Laman Facebook Rasmi Siti Nurhaliza Tarudin)

Diterbitkan : 01 May 2015 03:17PM Dikemas Kini : 01 May 2015 04:02PM

PASIR MAS, KELANTAN: Pengerusi Yayasan Nurjiwa Datuk Siti Nurhaliza Taruddin berkata alaupun bencana banjir yang melanda Kelantan berlaku lebih empat bulan lalu, namun bantuan susulan kepada mangsa masih diteruskan oleh pelbagai badan.

Terbaharu, Yayasan Nurjiwa dengan usaha sama Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) dan Rejimen Pengendalian Air ke-60 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) tampil meringankan bebanan mangsa banjir di Kelantan.

Beliau berkata beliau terpanggil untuk menyalurkan bantuan tersebut bagi membantu meringankan beban mereka yang terlibat dengan musibah itu.

"Sumbangan ini adalah kesinambungan daripada OPS Murni yang dilancarkan pada 23 Disember tahun lepas dengan bantuan bekalan air bersih (20,000 botol air minuman yang setiap satu mengandungi 5 liter air) kepada mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Bantuan hari ini adalah penyerahan fasa kedua sumbangan dalam bentuk keperluan asas seperti al-Quran, telekung dan sejadah," kata beliau semalam selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Pasca Banjir Negeri Kelantan di Sekolah Menengah Ugama (SMU) A Tarbiah Diniah To' Uban Pasir Mas semalam. 

Pada majlis tersebut sejumlah 1,146 naskah al-Quran, 210 pasang telekung dan 210 helai sejadah diagihkan kepada SMU (A) Tarbiah Diniah, SMU (A) Mardziah, SMU
(A) Al Balaghul Mubin dan Pondok Haji Ali Kampung Pengkalan Machang.

Turut hadir, penaung Yayasan Nurjiwa yang juga suami Siti Nurhaliza, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara, berkata sejumlah lebih RM100,000 ($37,057) berjaya dikumpulkan dalam usaha sama tersebut untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kelantan.

"Sumbangan fasa pertama telah diagihkan kepada mangsa banjir di Dabong dan Kuala Krai sebelum ini manakala fasa kedua diteruskan hari ini ke beberapa lagi kawasan di Kelantan," katanya.

Sementara itu, Yayasan Nurjiwa turut bersetuju menyumbang sejumlah RM10,000 ($3,705) bagi membiayai kos tambahan pembinaan surau di sekolah terbabit.

 "Semoga apa yang kami sumbangkan hasil kerjasama ini, walaupun tidak banyak, dapat meringankan beban yang dialami mangsa banjir di negeri mini," katanya.

Sumber : Bernama/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan