Yang Dipertua PAS Langkawi dipilih jadi Speaker DUN Kedah
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
ALOR SETAR: Yang Dipertua PAS Langkawi Zubir Ahmad pada Isnin (25 Sep) dipilih menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang Ke-15 pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN Ke-15 yang berlangsung di Wisma Darul Aman.
Menteri Besar Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor mencadangkan Encik Zubir, 60 tahun, yang kemudian disokong ADUN Merbau Pulas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan Siti Ashah Ghazali.
Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Mohamad Azlee Ahmad memaklumkan disebabkan hanya seorang calon Speaker dikemukakan dan bagi mematuhi Peraturan 4 (5) Peraturan-Peraturan Mesyuarat DUN Kedah, maka Encik Zubir diisytiharkan menjadi Speaker DUN Kedah Ke-15.
“...oleh kerana seorang calon saja dikemukakan dan bagi mematuhi Peraturan 4 (5) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah, maka saya dengan ini mengisytiharkan YB Encik Zubir Ahmad dipilih menjadi Speaker DUN Kedah yang ke-15 ini,” katanya.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.