Skip to main content

Dunia

Yang Dipertua Negeri Sabah minta tempoh tentukan Ketua Menteri

Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin meminta tempoh bagi menentukan Ketua Menteri Sabah yang baru, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Encik Bung Moktar Radin. 

Anggaran Waktu Membaca:
Yang Dipertua Negeri Sabah minta tempoh tentukan Ketua Menteri

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 28 Sep 2020 08:57AM Dikemas Kini : 28 Sep 2020 09:01AM

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin meminta tempoh bagi menentukan Ketua Menteri Sabah yang baru, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Encik Bung Moktar Radin.

"Secepat yang mungkin," katanya kepada pemberita pada Ahad (27 Sep) ketika ditanya bilakah nama Ketua Menteri Sabah yang baru akan diumumkan.

Awal dari itu, beliau bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Encik Hajiji Noor, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Dr Jeffrey Kitingan dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah Encik Jahid Jahim mengadakan pertemuan selama lebih sejam dengan Juhar di Istana Negeri.

Encik Jahid, ketika ditanya mengenai pertemuan dengan Encik Juhar, hanya menjawab "satu perbincangan yang baik" manakala Encik Hajiji dan Encik Jeffrey enggan mengulas.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 pada Sabtu (26 Sep).

GRS mendapat 38 kerusi, kelebihan satu kerusi daripada majoriti mudah 37 kerusi di Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 73 kerusi sekarang. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita