Skip to main content

Dunia

Yang Dipertua Dewan Rakyat belum terima surat letak jawatan Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul belum menerima surat pemakluman peletakan jawatan Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang.
 

Anggaran Waktu Membaca:
Yang Dipertua Dewan Rakyat belum terima surat letak jawatan Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul belum menerima surat pemakluman peletakan jawatan Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 15 Apr 2026 11:51AM Dikemas Kini : 15 Apr 2026 11:54AM
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul belum menerima surat pemakluman peletakan jawatan Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang.

Perkara itu disahkan Encik Johari ketika dihubungi Bernama pada Rabu (15 Apr).

“Belum (terima surat)”, kata Encik Johari ringkas.

Ahad lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan Encik Hamzah bukan lagi penyandang jawatan Ketua Pembangkang.

Kata Encik Ahmad Samsuri, menyusuli peletakan jawatan tersebut, beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan untuk menghantar surat rasmi bagi memaklumkan kekosongan jawatan itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita