Yahya Sinwar terbunuh akibat tembakan di kepala
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/MAHMUD HAMS)
TEL AVIV: Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar maut akibat "kecederaan otak traumatik yang teruk" selepas ditembak di kepala, menurut ahli patologi di Israel yang menjalankan bedah siasat ke atas jasadnya.
Dr Chen Kugel dari Pusat Perubatan Forensik Kebangsaan di Tel Aviv berkata, beliau menemui kecederaan "daripada sumber lain" pada jasad Encik Sinwar termasuk kecederaan pada lengan kanan akibat "tembakan peluru berpandu," kaki kiri yang cedera akibat "binaan runtuh," dan kecederaan serpihan pada tubuhnya.
"Kecederaan itu menyebabkan kerosakan yang teruk, tetapi punca kematian adalah luka tembakan di kepala," katanya kepada CNN.
Tentera Israel sebelum ini mendakwa bahawa pemimpin Hamas itu terbunuh apabila bangunan tempat beliau bersembunyi di Rafah diserang dengan "tembakan kereta kebal."
Menurut tentera Israel, kedua-dua pihak saling berbalas tembakan sebelum bangunan itu disasarkan.

Sumber : CNN/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.