Xi, Putin selar pengaruh AS di Asia Pasifik & Eropah
(Gambar: Alexei Druzhinin/Sputnik/AFP)
BEIJING: Rusia dan China telah membidas apa yang disifatkan sebagai pengaruh negatif Amerika Syarikat (AS) di Asia Pasifik dan Eropah.
Kedua-dua negara juga membantah perluasan NATO dan menggesa perikatan itu supaya menamatkan pendekatan Perang Dingin bagi mencapai diplomasi.
Presiden China Xi Jinping and Presiden Rusia Vladimir Putin bertemu secara bersemuka di Beijing buat pertama kalinya dalam tempoh hampir dua tahun.
Semasa pertemuan ini, Presiden Xi dan Presiden Putin juga menyuarakan keprihatinan terhadap perikatan pertahanan AUKUS antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, yang dipercayai akan meningkatkan kemungkinan berlakunya perlumbaan senjata.
Perbincangan mereka tertumpu pada penyelarasan dasar luar kedua-dua negara, serta kerjasama dalam perbekalan gas dan kewangan yang lebih erat.
Rusia bersetuju untuk membekalkan China dengan 10 bilion meter padu gas asli.
Rusia mempunyai banyak sumber semula jadi yang diperlukan China.
Maka itu hubungan antara kedua-dua negara dianggap saling melengkapi satu sama lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.