Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Xi Jinping, Vladimir Putin bakal hadiri sidang puncak G20 di Indonesia: Jokowi

Anggaran Waktu Membaca:
Xi Jinping, Vladimir Putin bakal hadiri sidang puncak G20 di Indonesia: Jokowi

Pemimpin China dan Rusia, Xi Jinping and Vladimir Putin. (Gambar: Alexei Druzhinin / Sputnik / AFP)

JAKARTA: Pemimpin China dan Rusia, Xi Jinping and Vladimir Putin dijangka akan menghadiri sidang puncak G2O di Bali pada November depan, kata Presiden Indonesia Joko Widodo pada Khamis (18 Ogos) kepada agensi berita Bloomberg News.

Kementerian luar China bagaimanapun tidak segera memberi sebarang respons kepada permintaan Reuters bagi komen. Demikian juga pegawai Istana Presiden Indonesia.

Indonesia akan mempengerusikan kumpulan yang terdiri daripada 20 ekonomi utama itu dan sudah berdepan dengan tekanan daripada negara-negara Barat untuk menarik balik jemputan kepada Putin, menyusuli serangan negaranya ke atas Ukraine, yang dianggap pemerintahnya sebagai "operasi khas tentera".

Encik Jokowi kekal mengambil tempat sebagai orang tengah di antara kedua-dua negara yang berperang itu. Malah, beliau sudahpun mengadakan pertemuan dengan kedua-dua presiden Ukraine dan Rusia.

Baru-baru in, Encik Jokowi menyatakan bahawa kedua-dua negara menerima Indonesia sebagai "jambatan kepada keamanan" semasa menyampaikan amanat sempena Ulang tahun Kemerdekaan ke-77 negara itu.
Pemimpin negara-negara besar termasuk Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, dijangka akan bertemu di Bali pada November nanti. Indonesia turut menjemput pemimpin Ukraine Volodymyr Zelenskiyy.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan