Skip to main content

Dunia

Xi Jinping sokong 'huraian jangka panjang' bagi konflik Rusia-Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
Xi Jinping sokong 'huraian jangka panjang' bagi konflik Rusia-Ukraine

Presiden Rusia Vladimir Putin (kanan) and Presiden Cina Xi Jinping berjabat tangan di Kremlin, Mosko, Rusia pada 8 Mei. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 08 Aug 2025 10:45PM Dikemas Kini : 08 Aug 2025 10:47PM
MOSKO: Presiden Rusia Vladimir Putin menelefon rakan sejawatannya dari China Xi Jinping untuk memberi perkembangan terkini tentang rundingan antara Amerika Syarikat dengan Rusia berhubung konflik Ukraine, menurut Kremlin pada Jumaat (8 Ogos).

Presiden Putin memaklumkan kepada Encik Xi tentang 'hasil utama perbualannya pada 6 Ogos dengan duta khas Amerika Syarikat Steve Witkoff", sementara Encik Xi menyuarakan sokongan bagi satu huraian 'jangka panjang' untuk konflik tersebut, menurut Kremlin.

Perbualan itu berlaku beberapa hari sebelum sidang puncak yang dijangka diadakan antara Presiden Putin dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Sumber : AP/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita