Xi Jinping mungkin adakan pertemuan dengan Joe Biden di Asia Tenggara
Jika menjadi kenyataan, ia merupakan pertemuan bersemuka pertama antara Presiden Xi Jinping dengan Joe Biden sejak Presiden AS itu dilantik tahun lalu.
Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Presiden China Xi Jinping dilapor akan berkunjung ke Asia Tenggara November ini dan ia mungkin termasuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
The Wall Street Journal melaporkan para pegawai China sedang merancang kunjungan pertama Encik Xi ke luar negara sejak pandemik COVID-19.
Presiden Xi dijangka menghadiri sidang puncak G20 di Bali pada pertengahan November nanti.
Beliau kemudian akan ke Bangkok bagi menghadiri sidang puncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).
Di situlah, Encik Xi dilaporkan mungkin bertemu Presiden Biden secara bersemuka.
Jika ia menjadi kenyataan, ia merupakan pertemuan bersemuka pertama antara kedua-dua pemimpin kuasa dunia itu sejak Encik Biden menjadi Presiden Januari tahun lalu.

Sumber : CNA/DY/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.