Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Xi Jinping dilantik semula sebagai Presiden China bagi penggal ketiga

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Xi Jinping pada Jumaat (10 Mac) dilantik semula secara rasmi sebagai Presiden China bagi penggal ketiga, sedang parlimen mengundi bagi beberapa jawatan utama negara itu.

Perubahan kepada perlembagaan pada 2018, yang menggugurkan had bagi penggal perkhidmatan, membenarkan Xi terus berkhidmat bagi penggal baru lima tahun.

Xi, 69 tahun sudah mencipta sejarah apabila dilantik semula buat kali ketiga sebagai setiausaha agung Parti Komunis China semasa kongres parti tersebut pada Oktober lalu, meningkatkan kedudukannya sebagai pemimpin paling berpengaruh di China selepas Mao Zedong.

Perubahan kepada kepimpinan negara berlaku setiap lima tahun dan biasanya mencerminkan rombakan yang diumumkan semasa kongres parti.

Bagaimanapun, ahli-ahli Majlis Negeri – Kabinet – hanya diumumkan semasa Kongres Rakyat Nasional atau semasa sidang parlimen.

Li Qiang bakal dilantik sebagai perdana menteri baru China pada hari Sabtu (11 Mac).
 
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan