Xi Jinping dedah rancangan tingkatkan pengaruh, dasar luar China
Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Beijing berikrar akan merebut "peluang strategik" dan meningkatkan lagi "pengaruh, tarikan dan kuasa antarabangsa" untuk membentuk dunia yang pesat berubah dengan mengukuhkan Parti Komunis dalam ehwal luar dan berdiri teguh menentang "buli" dan "hegemonisme" dari Barat.
Dalam mesyuarat tertutup parti yang jarang berlaku mengenai hala tuju dasar luar China pada masa akan datang yang berakhir pada Khamis (28 Dis), Presiden Xi Jinping menggesa para diplomat dan kader negara itu untuk “mencipta landasan baharu”, “menghimpunkan sebahagian besar” dunia dan berpegang kepada "semangat juang".
Persidangan Pusat Kerja Ehwal Luar selama dua hari, yang kali terakhir diadakan pada 2018, dihadiri para pemimpin tertinggi parti seperti anggota Politbiro, pegawai kanan pemerintah dan diplomat, termasuk berpuluh-puluh duta China, lapor media negara itu.
Para pakar percaya bahawa masa mesyuarat itu diadakan amat penting di tengah-tengah tanda-tanda masalah sosioekonomi yang semakin meningkat di negara itu sendiri dan penelitian dan penentangan masyarakat antarabangsa yang semakin meningkat, walaupun Beijing baru-baru ini berusaha untuk meredakan persaingan sengitnya dengan negara-negara Barat pimpinan Amerika Syarikat.
Dalam ucapannya, Presiden Xi menyifatkan China sebagai kuasa global "bertanggungjawab" yang semakin berpengaruh di bawah diplomasi ketua negaranya itu sejak beliau mengambil alih kuasa pada 2012 dan berkata China telah mengatasi "pelbagai kesukaran dan cabaran" dalam kerja luarnya sejak sedekad yang lalu.
Sungguhpun demikian, beliau juga memberi amaran tentang "angin kencang dan laut bergelora" di hadapan kerana dunia sudah "memasuki tempoh pergolakan dan transformasi baharu" - merujuk kepada pertelingkahan Beijing dengan Washington dan sekutu-sekutunya berhubung perbezaan ideologi dan geopolitik.
"Kami telah mempamerkan ciri, gaya dan etos China yang berbeza dalam diplomasi kami, dan mewujudkan imej yang yakin, berdikari, terbuka dan inklusif dengan wawasan global."
China telah mengambil "pendekatan holistik terhadap hubungan kami dengan semua pihak", "memperluaskan susun atur strategik yang komprehensif dan membentuk rangkaian perkongsian global yang luas dan bermutu tinggi," katanya.
Presiden Xi juga memuji Inisiatif Jalur Ekonomi Laluan Sutera, dasar luar negara yang ditandatanganinya dan projek pelaburan luar negara, sebagai "platform yang paling luas dan terbesar di dunia untuk kerjasama antarabangsa", dan berkata Beijing telah "menunjukkan jalan bagaimana untuk menyusun semula sistem dan aturan antarabangsa" .
Pertemuan itu diadakan selepas kenyataan Presiden Xi pada Selasa memuji warisan Mao Zedong dan berikrar "akan membina China menjadi sebuah negara yang lebih kuat dan menyegarkan semua bidang dengan meneruskan pemodenan China".

Sumber : South China Morning Post/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.