X bakal mohon khidmatnya disambung semula di Brazil, kata sumber
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/MAURO PIMENTEL)
SAO PAULO: Platform media sosial milik Elon Musk, X, akan memfailkan dokumen diminta Mahkamah Agung Brazil, dan pada Isnin (26 Sep), akan meminta supaya khidmat X bersambung operasi di negara tersebut, kata dua individu yang mengetahui tentang kes tersebut.
Akses kepada platform yang dikenali sebagai Twitter sebelum ini, digantung di Brazil sejak akhir Ogos, berikutan arahan oleh Hakim Mahkamah Agung Brazil , Alexandre de Moraes.
Hakim tersebut dan syarikat teknologi Amerika Syarikat itu betelagah tentang siasatan terhadap "militia digital" yang dituduh menyebarkan mesej kebencian di Brazil.
Pertikaian itu menyebabkan X menutup pejabatnya di Brazil dan memberhentikan kakitangan dan wakilnya, kerana melanggar undang-undang negara itu.

Namun, platform tersebut mungkin dibenarkan untuk digunakan rakyat Brazil seawal minggu depan, selepas X menyediakan dokumen yang diminta oleh mahkamah, untuk membuktikan ia kini mempunyai wakil yang sah di negara itu, kata sumber yang mengetahui rancangan X.
Minggu lalu, peguam X berkata syarikat tersebut sudah melantik wakil yang sah di Brazil, seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Agung, namun ia tidak memberikan dokumen untuk membuktikan wakil itu dilantik untuk mewakili syarikat tersebut secara rasmi.
Sebaik sahaja dokumen baharu dihantar, syarikat itu menjangkakan isu tersebut akan diselesaikan, kata sumber.
Menurut sumber tersebut, X juga sudah mematuhi tuntutan mahkamah yang lain, seperti menyekat profil individu yang menyebarkan berita palsu dan membayar denda 18 juta reais (S$4.2 juta) melalui akaun Starlink Encik Musk.
Syarikat itu juga ingin memperbaiki hubungan dengan Hakim Moraes, dan beroperasi seperti syarikat teknologi lain di negara tersebut, kata salah satu sumber.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.