WP sudah main peranan di parlimen, terus kerja keras raih sokongan jelang GE2025: Pritam Singh
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Leonard Leong/TODAY)
SINGAPURA: Ketua Parti Pekerja (WP) Pritam Singh berkata parti pembangkang itu sudah memainkan peranannya sebagai "pembangkang yang menghormati demokrasi" di parlimen pada 2024 dan akan bekerja keras untuk meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum tahun depan.
Dalam amanat Tahun Baharu beliau yang dimuat naik ke akaun Facebook WP pada Selasa (31 Dis), Encik Pritam berkata WP sudah menjalankan tanggungjawab parlimen secara serius, membangkitkan perkara-perkara seperti kos sara hidup dan dasar-dasar perumahan dalam penggal pemerintah ini.
WP, yang mempunyai lapan Anggota Parlimen (AP) di Dewan, merupakan satu-satunya parti selain Parti Tindakan Rakyat (PAP) dengan AP yang dipilih rakyat.
"Parti Pekerja sudah memainkan peranannya untuk mewujudkan aturan politik lebih stabil bagi Singapura, di mana pandangan alternatif bukan sekadar memiliki suara, tetapi juga undi di parlimen," kata Encik Pritam, yang juga Ketua Pembangkang.
"Parti Pekerja amat yakin bahawa perbahasan parlimen yang membina dan respons cekap daripada AP kepada pertanyaan membawa dasar yang lebih baik yang memberi manfaat kepada Singapura dan rakyat Singapura. Untuk mencapai matlamat ini, kami sudah bekerja keras dan memainkan peranan sebagai pembangkang yang menghormati demokrasi di parlimen pada 2024."
REKOD WP DI PARLIMEN PADA 2024
Merenung rekod parti itu di parlimen sepanjang tahun ini, Encik Pritam memetik perbahasan rancak mengenai usul keselamatan digital, di mana para AP WP menggesa bagi lebih banyak perlindungan buat pelanggan dan langkah-langlah untuk menangani ketidakseimbangan kuasa antara bank dengan pelanggan.
Menyusuli salah satu kes pengubahan wang haram terbesar di Singapura, Rang Undang-Undang antipengubahan wang haram, diperdebatkan dan diluluskan pada Ogos.
Antara isu yang dibangkitkan, He Ting Ru (WP-Sengkang) menyarankan kawal selia termasuk ke atas pembentukan pejabat keluarga tunggal (SFO), seni halus dan matawang kripto.
SFO ditubuhkan untuk memenuhi keperluan keluarga kaya dan lazimnya diuruskan sekumpulan karyawan yang diambil bekerja oleh keluarga itu sendiri.
Semasa perbahasan mengenai perjanjian Income-Allianz - yang kemudian dibatalkan setelah disekat oleh pemerintah - para AP WP, termasuk Encik Pritam, mengulangi beberapa keprihatinan utama yang dikongsi rakyat Singapura di media sosial mengenai perjanjian tersebut.
Ini termasuk soalan-soalan mengenai pengurusan kewangan dan kawalan dalam Allianz, selain misi sosial Income.
WP juga bersuara semasa perbahasan panjang lebar mengenai Rang Undang-Undang Pekerja Platform pada September.
Pertikaman lidah berlaku antara AP PAP dengan Encik Gerald Giam (WP-Aljunied) selepas beliau mempersoalkan kebebasan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan keberkesanannya dalam memperjuangkan hak pekerja.
Encik Pritam juga memetik ucapan beliau semasa perbahasan mengenai perubahan dalam proses semakan sempadan kawasan undi.
"Saya menggariskan bagaimana sistem sedia ada yang memberi kelebihan kepada PAP menerusi tindakan memanipulasi sempadan kawasan undi, dan menggesa agar Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi (EBRC) diperbaharui. Jamus Lim menyarankan agar EBRC menggunakan matematik, sains politik dan ekonomi untuk menghasilkan peta daerah kawasan undi yang disokong secara saintifik, yang boleh digunakan sebagai penanda aras untuk mengelakkan sempadan kawasan undi dimanipulasi," tulis beliau.
Pilihan Raya Umum seterusnya mesti diadakan menjelang November 2025.
Menurut Encik Pritam evolusi demokrasi parlimen Singapura masih "di peringkat awal dan belum matang", sambil menambah masa depan tanpa para AP pembangkang dalam parlimen "sangat boleh dijangkakan".
Ia juga memerlukan jauh lebih banyak usaha untuk WP mengembangkan pasukannya dengan generasi baharu rakyat Singapura, kata beliau.
Menggulung amanatnya, Encik Singh berkata WP "bersemangat dan bertenaga" dengan pengiktirafan orang ramai terhadap kerja-kerjanya di parlimen.
"Pada 2025, kami akan akan terus bekerja keras untuk meraih keyakinan rakyat serta sokongan mereka menjelang Pilihan Raya Umum."

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.