Wow! 2 harimau bintang diancam pupus dilahirkan di Taman Haiwan Connecticut
Dua harimau bintang yang diancam kepupusan dilahirkan di Taman Haiwan Connecticut, Amerika Syarikat pada 25 Januari lalu.
CONNECTICUT, AMERIKA SYARIKAT: Dua harimau bintang yang diancam kepupusan dilahirkan di Taman Haiwan Connecticut, Amerika Syarikat pada 25 Januari lalu.
Anak harimau bintang itu ditempatkan dalam pengasingan dan hanya boleh dilawati para penjaganya.
Salah seekor daripadanya mempunyai mutasi yang sangat jarang berlaku, menyebabkan tompok-tompok hitam di badannya.
Menurut para penjaga di taman haiwan berkenaan, hanya ada satu lagi jenis harimau bintang di Amerika.
Harimau bintang Amur berasal dari timur Rusia dan China Utara, kini hanya tinggal beberapa puluh ekor sahaja yang masih hidup di dalam hutan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.