'World #QuranHour' usaha terbaik tarik minat golongan muda hayati Quran
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Pexels)
KUALA LUMPUR: Program 'World #QuranHour' merupakan platform terbaik untuk menarik minat masyarakat khususnya golongan muda mendekati al-Quran melalui baca, faham dan amal.
Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Mu'adz Bin Jabal, Zakaria Sulong berkata, penganjuran kali kelapan program itu di masjid berkenaan berjaya menghimpunkan sekitar 183 peserta yang terdiri daripada golongan dewasa, warga emas, pelajar sekolah dan kanak-kanak.
Menurutnya lagi, pemilihan Surah Al-Saff yang diangkat dalam program berkenaan mempunyai kaitan dengan kehidupan masyarakat masa kini, lapor Sinar Harian.
"Alhamdulillah, kita mempunyai peluang untuk mengadakan majlis khatam al-Quran dan World #QuranHour yang saya kira mendapat sambutan amat menggalakkan terutama daripada golongan muda yang mana kebanyakannya pelajar sekolah.
"Tahun ini, Surah Al-Saff telah diangkat untuk diketengahkan dan ia perlu dihayati umat Islam kerana antara kandungan mesej supaya bersatu padu dan mencontohi semangat Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan nilai al-Quran ke seluruh dunia.
"Program ini juga bukan sekadar membaca surah dalam al-Quran tetapi sebenarnya kita dapat memahami dengan lebih mendalam kandungan yang hendak disampaikan," katanya, seperti dinukil Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui para wartawan selepas Majlis Khatam al-Quran dan World #QuranHour di Masjid Mu'adz Bin Jabal, Setiawangsa di Kuala Lumpur pada Selasa (25 Mac).
Tambah Encik Zakaria, beliau turut berharap agar penganjuran program tersebut akan menggalakkan masyakat khususnya golongan muda mengimarahkan masjid.
Beliau berkata, ia berikutan masalah sosial dalam kalangan anak muda semakin membimbangkan dan akhirnya menyebabkan golongan itu menyimpang jauh daripada al-Quran.
"Saya harap selepas ini lebih ramai anak muda yang berminat untuk datang ke masjid menyertai program seumpama ini kerana saya kira ini satu peluang untuk menarik mereka.
"Ramai masyarakat sekarang walaupun Islam tetapi penghayatan itu mungkin kurang, jadi saya harap dengan program seperti ini ia dapat menyebabkan mereka kembali kepada ajaran Islam sebenar dan panduan kita iaitu al-Quran," ujarnya lagi.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.