Skip to main content

Dunia

World Central Kitchen sambung operasi di Gaza berikutan serangan Israel

Anggaran Waktu Membaca:
CARIKAN GAZA: Badan amal berpangkalan di Amerika Syarikat World Central Kitchen (WCK) menyatakan pada Ahad (28 Apr) bahawa ia akan meyambung operasi di Carikan Gaza.

Ini meskipun ia sedang meratapi kematian tujuh kakitangannya yang terbunuh dalam serangan Israel pada 1 April.

"Kami mempunyai 276 lori dengan kira-kira lapam juta makanan bersedia untuk memasuki Lintasan Rafah. Kami juga akan menghantar lori dari Jordan," kata ketua eksekutif WCK Erin Goran, lapor Sputnik.

Setakat ini, badan amal makanan tersebut sudah mengagihkan lebih 43 juta makanan di Carikan Gaza, iaitu 62 peratus bantuan daripada seluruh pertubuhan bukan pemerintah (NGO) di Gaza.

Serangan Israel ke atas konvoi bantuan itu mencetuskan kecaman dari Amerika Syarikat dan sekutu Israel yang lain, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata serangan tersebut tidak disengajakan.

WCK menyatakan meskipun ia tidak mempunyai jaminan yang kukuh daripada Israel ia akan menyokong perubahan supaya kakitangan NGO akan dilindungi dengan lebih baik.

Badan amal itu juga menggesa siasatan antarabangsa yang tidak berat sebelah terhadap serangan tersebut.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita