Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wisma Jakel terbakar kali kedua

Anggaran Waktu Membaca:
Wisma Jakel terbakar kali kedua

(Gambar: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor)

Diterbitkan : 03 Jan 2023 08:25AM Dikemas Kini : 03 Jan 2023 08:26AM
SHAH ALAM: Wisma Jakel di Seksyen 7, Shah Alam, Malaysia hari ini (3 Jan) mengalami kebakaran kali kedua apabila bilik simpanan kain langsirnya terbakar tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan tersebut pada jam 12.40 tengah malam dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 1.45 pagi.

“Api berjaya dipadamkan keseluruhannya oleh pihak bomba pada 3.07 pagi dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan. Tiada mangsa dilaporkan terlibat.

“Seramai 43 anggota dan pegawai ditugaskan untuk memadamkan kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Gedung tekstil terkemuka itu dilaporkan terbakar awal pagi 1 Jan lalu dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada pukul 7.08 pagi dan telah berjaya dipadamkan.

Susulan itu bomba Selangor semalam menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel.
Sumber : Agensi berita/NK/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan