Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wira SCDF bantu jemaah rebah di Masjidil Haram

Anggaran Waktu Membaca:
Wira SCDF bantu jemaah rebah di Masjidil Haram

(Gambar: Hisham Hambari)

BERITAMediacorp: Naluri sebagai seorang petugas kecemasan Encik Hazree Sofian tidak membuatkan beliau berfikir panjang untuk bertindak dan menghulurkan bantuan apabila sesuatu kecemasan berlaku di depannya sehinggalah ke Makkah.

Encik Hazree, seorang paramedik yang kini sedang mengerjakan ibadah umrah bersyukur kerana dapat membantu seorang jemaah lain yang tiba-tiba rebah di kawasan Masjidil Haram pada Jumaat (3 Mac).

Encik Hazree, 33 tahun, memberitahu BERITAMediacorp bahawa semasa kejadian itu, beliau baru sahaja selesai solat Jumaat pada sekitar 1.45 tengah hari waktu Arab Saudi.

Beliau dimaklumkan mengenai jemaah berkenaan oleh jemaah lain daripada agensi umrah yang sama iaitu Travel Connect SG.

a

Berbekalkan pengalaman dan tugasnya sebagai seorang pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), beliau terus bergegas ke jemaah itu dan menjalankan protokol serangan jantung termasuk melakukan CPR.

“Keadaan sangat huru-hara kerana orang awam dan sukarelawan cuba untuk membantu namun mereka menggunakan teknik bantuan pernafasan CPR yang salah. Salah satu sebab mengapa saya mengambil alih untuk menolong adalah kerana kemahiran dan pengalaman saya kerana ini adalah jurusan kerja saya,” kata Encik Hazree.

Beliau kemudian melalukan CPR selama 10 minit dan menggunakan Defibrilator Luaran Automatik (AED).

Dua kejutan dikenakan kepada tubuh jemaah berumur dalam lingkungan 60 tahun itu. Encik Hazree bagaimanapun tidak boleh mengenal pasti kewarganegaraan jemaah tersebut.

Pada analisa ketiga kejutan AED, Encik Hazree mendapati ada degupan jantung dan jemaah tersebut kembali bernafas.

Sejurus selepas itu, kumpulan perubatan dari Masjidil Haram tiba dalam bugi untuk membawa jemaah itu ke ruang kecemasan.

Meski keadaan cemas, Encik Hazree kekal tenang kerana ia adalah naluri semula jadinya ketika bertugas di Singapura dan menjawab panggilan bantuan serangan jantung atau kecemasan perubatan lain.

Beliau yang mengikuti pakej umrah selama 14 hari itu tidak sangka bahawa beliau harus menjalankan tugas sebagai pegawai SCDF di tanah suci itu.

a
Encik Hazree Sofian bersama isterinya. (Gambar: Hazree Sofian)

Tambah beliau, keadaan di kawasan Masjidil Haram pada ketika itu riuh-rendah dengan ramai jemaah berkerumun di kawasan berkenaan.

Encik Hazree memberitahu BERITAMediacorp bahawa beliau tidak tahu akan keadaan jemaah tersebut buat masa ini.

Pegawai SCDF yang bertugas di Balai Bomba Central itu merupakan seorang “firebiker” dan berbesar hati dapat menghulurkan bantuan meski bukan di negara sendiri.

a

“Ia sangat sukar dan saya berasa rendah diri dengan pengalaman itu, terutamanya warga asing seperti saya sama menghulur sokongan. Penduduk tempatan meragui saya dan kelihatan gelisah kerana saya berkeras untuk mengambil alih. Bahasa yang berbeza juga menjadi halangan besar buat saya,” ujar Encik Hazree.

Beliau dan isterinya akan pulang ke tanah air pada Rabu depan (15 Mac).

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan