Skip to main content

Dunia

William Lai dari parti memerintah DPP dipilih sebagai Presiden Taiwan

Anggaran Waktu Membaca:
TAIPEI: Taiwan melantik Encik William Lai Ching-te daripada Parti Progresif Demokratik (DPP) sebagai president seterusnya pada Sabtu (13 Jan).

Keputusan tersebut kemungkinan besar tidak akan menyenangkan Beijing berikutan pilihan raya yang dikuasai hubungan rentas negara.

Perkiraan undi masih dijalankan, namun pesaing Encik Lai, Encik Hou Yu-ih dari Parti Kuomintang (KMT) dan Dr Ko Wen-je dari Parti Rakyat Taiwan (TPP), mengaku kalah pada sekitar pukul 8.00 malam.

Setakat pukul 8.05 malam, Encik Lai meraih 40 peratus sokongan, di hadapan pesaing calon Parti Kuomintang (KMT) Hou Yu-ih yang meraih sekitar 33 peratus undian, manakala Dr Ko Wen-je daripada Parti Rakyat Taiwan (TPP) meraih sekitar 26 peratus, dengan lebih daripada 13 juta undian sudah dikira, lapor penyiar berita tempatan TVBS.

Menurut kemas kini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat, jumlah pengundi dari pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang berada pada 69 peratus. Hampir 20 juta orang layak untuk mengundi dalam pilihan raya tersebut.

Kemenangan tersebut merupakan pertama kali seorang presiden daripada DPP akan menyerahkan kepimpinan dalam kalangan partinya. Encik Lai, yang merupakan timbalan president akan menggantikan presiden Tsai Ing-wen, yang tidak dibenarkan bertanding selepas berkhidmat selama dua penggal berturut-turut.

Encik Lai, 64 tahun, merupakan pilihan utama dalam tinjauan awam menjelang pilihan raya pada Sabtu. Mantan Datuk Bandar Taiwan itu dikenali sebagai penyokong tersohor dalam usaha memerdekakan Taiwan. Pesaing dan pengkritiknya berkata bahawa pelantikannya akan membahayakan keamanan antara Taiwan dengan China.

DPP berkeras bahawa Taiwan adalah negara bebas, namun China mendakwa pulau tersebut adalah di bawah pentadbirannya. China menghentikan dialog rasmi bersama Taiwan ketika Cik Tsai dipilih pada 2016.

Meskipun Encik Lai berkata beliau terbuka untuk menyambung dialog tersebut, ia dianggap tidak akan berlaku. Beijing menganggap Encik Lai sebagai seorang yang menyokong pemisahan, dan negara itu memberi amaran kepada pengundi Taiwan terhadap "bahaya melampau" yang dimilikinya dalam mencetuskan konflik rentas negara.

Meneruskan status quo mencerminkan kehendak rakyat Taiwan, kata penganalisis kepada Mediacorp.

Encik Lai dijangka untuk meneruskan pendekatan "agak sederhana" Presiden Tsai terhadap China. Namun, tanpa sebarang dialog rentas selat, risiko berlakunya salah faham dan ketidakstabilan akan terus kekal, kata mereka.

Encik Lai akan dilantik secara rasmi pada 20 Mei.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita