William Lai angkat sumpah sebagai Presiden baharu Taiwan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Pejabat Presiden Taiwan/AFP
TAIPEI: Naib presiden Taiwan, William Lai, mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu pulau itu, pada Isnin (20 Mei).
Beliau menggantikan pentadbiran lapan tahun mantan Presiden Tsai Ing-wen.
Peralihan kuasa di Taiwan itu berlaku di tengah-tengah tekanan diplomatik dan ketenteraan yang meningkat dari China.
Ketegangan antara Encik Lai dengan pemerintah China semakin meruncing, dengan Beijing menggelarnya sebagai pencetus masalah dan seorang "pemisah yang berbahaya".
Gesaan Encik Lai untuk mengadakan rundingan dengan Beijing juga telah ditolak oleh China.
Namun, para pegawai kanan berkata Encik Lai akan berikrar untuk mengekalkan status quo dengan China, semasa ucapan perasmiannya.
Menurut mereka, Encik Lai akan melahirkan rasa muhibah terhadap Beijing, dan menyeru kedua-dua pihak supaya mencapai perdamaian.
Majlis di Bangunan Pejabat Presiden Taipei itu turut mengangkat rakan baik Encik Lai iaitu Hsiao Bi-khim sebagai Naib Presiden di mana kedua-dua mereka merupakan utusan tertinggi Taiwan ke Washington.
Kementerian Luar Negeri Taipei menjangkakan 700 orang kenamaan asing hadir pada majlis angkat sumpah Encik Lai termasuk dua bekas pegawai Amerika Syarikat, Richard Armitage dan Brian Deese bersama dengan seorang pemikir dan ketua kedutaannya.

Sumber : AGENCIES/LL/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.