Wilayah Victoria longgarkan sekatan COVID-19 bermula Sabtu depan
Wilayah Victoria akan melonggarkan sekatan-sekatan COVID-19.
Para pelawat tiba di Lapangan Terbang Tullamarine, Melbourne, pada 29 November 2021. (Gambar: William WEST/AFP)
Mulai Sabtu depan (25 Jun), orang ramai tidak lagi perlu memakai pelitup di lapangan terbang.
Namun pelitup masih wajib dipakai di dalam pesawat dan semua pengangkutan awam.
Suntikan vaksin dos ketiga bagi para pekerja beberapa sektor seperti pendidikan, pengedaran makanan dan tempat kuarantin juga dihentikan.
Selain itu, mereka yang diuji positif COVID-19 tidak lagi perlu mengasingkan diri di rumah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.