Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wilayah Victoria catat kenaikan kedua tertinggi kes COVID-19

Wilayah Victoria di Australia laporkan 779 jangkitan baru COVID-19 dan dua kematian pada Ahad (26 Sep), susut sedikit berbanding rekod yang dicatatkan sehari sebelumnya, sedang PM Morrison bertekad untuk buka semula semua wilayah negara itu sebaik sahaja 80% penduduk lengkap divaksin.

Anggaran Waktu Membaca:
Wilayah Victoria catat kenaikan kedua tertinggi kes COVID-19

Gambar fail penduduk Melbourne, Victoria di Australia pada 11 Jun 2021 di tengah pandemik COVID-19. (Gambar: Reuters/Sandra Sanders)

Diterbitkan : 26 Sep 2021 06:42PM Dikemas Kini : 26 Sep 2021 06:48PM

MELBOURNE: Wilayah Victoria di Australia melaporkan 779 jangkitan baru COVID-19 dan dua kematian pada Ahad (26 Sep), susut sedikit berbanding rekod yang dicatatkan sehari sebelumnya, sedang Perdana Menteri Scott Morrison bertekad untuk membuka semula semua wilayah negara itu sebaik sahaja 80 peratus penduduk lengkap mendapat suntikan vaksin.

Jumlah harian yang meningkat itu adalah yang kedua tertinggi bagi wilayah tersebut, selepas 847 jangkitan dicatat pada Sabtu.

Dua wilayah Australia dengan paling ramai penduduk,Victoria dan New South Wales, sedang bergelut dengan cabaran untuk mengekang varian Delta yang sangat berjangkit itu.

Tiga suku warga Australia sudah mendapatkan dos pertama vaksin, manakala hanya separuh telah lengkap kedua-dua dos.

Perdana Menteri Scott Morrison berharap semua wilayah negara itu dapat membuka semula sempadan dan melonggarkan sekatan menjelang Krismas ini.

New South Wales mencatatkan sembilan kematian, menurut perangkaan kerajaan pada Ahad, sementara jangkitan baru dalam negeri turun buat hari ketiga berturut-turut kepada 961, jumlah harian terendah dalam hampir seminggu, mencerahkan harapan bahawa bilangan kes mungkin telah memuncak.

85.2 peratus kalangan penduduk wilayah itu yang berusia lebih 16 tahun sudah menerima dos pertama suntikan vaksin, sementara 59.1 peratus penduduk sudah lengkap mendapat suntikan vaksin COVID-19.

New South Wales mencatatkan 288 kematian setakat ini akibat penularan varian Delta, menyumbang kepada hampir suku daripada 1,230 kematian di seluruh negara. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan