Wilayah Karnataka, India batalkan larangan pakai tudung di sekolah
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: AP
NEW DELHI: Wilayah Karnataka di selatan India memutuskan untuk membatalkan larangan memakai tudung di dalam premis pendidikan, Agensi Anadolu memetik kenyataan pegawai tertinggi negeri itu pada Jumaat (22 Dis).
"Saya telah memberitahu (pegawai) untuk menarik balik larangan berhijab," menurut hantaran Ketua Menteri Siddaramaiah di platform X.
The Press Trust of India memetik Siddaramaiah sebagai berkata larangan memakai tudung akan ditarik balik pada 23 Dis di wilayah yang ditadbir parti Kongres Kebangsaan India itu.
Isu larangan berhijab bermula pada Januari lalu apabila para pelajar perempuan Islam dihalang daripada memasuki kelas di sebuah kolej pemerintah di daerah Udupi kerana memakai tudung.
Para pelajar kemudian merayu di Mahkamah Tinggi Karnataka, yang mengekalkan larangan terbabit.
Pada Oktober 2023, Mahkamah Agung India mengeluarkan keputusan di sebaliknya mengenai larangan yang dikenakan oleh institusi pendidikan di dalam premisnya di negeri Karnataka.

Sumber : AGENCIES/AA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.