Skip to main content

Dunia

Wilayah di Kanada sekali lagi isytihar darurat susuli kebakaran hutan

Anggaran Waktu Membaca:
Wilayah di Kanada sekali lagi isytihar darurat susuli kebakaran hutan

Gambar satelit yang diambil oleh Maxar Technologies ini menunjukkan gambaran keseluruhan kebakaran hutan di Illford, Manitoba, Kanada pada 30 Mei 2025. (Gambar: Imej satelit ©2025 Maxar Technologies / AFP)

Diterbitkan : 11 Jul 2025 02:01PM Dikemas Kini : 11 Jul 2025 02:02PM
OTTAWA: Wilayah Manitoba di Kanada sekali lagi mengisytiharkan darurat di seluruh wilayah itu pada Khamis (10 Jul) menyusuli kebakaran hutan yang terus mengancam masyarakat, lapor Xinhua.

Pemerintah wilayah itu dalam kenyataannya memaklumkan bahawa pengisytiharan itu dibuat berdasarkan syor daripada pegawai pengurusan kebakaran hutan dan kecemasan wilayah berkenaan.

Manitoba sebelum ini mengisytiharkan darurat pada 28 Mei yang ditamatkan pada 23 Jun.

“Musim kebakaran kali ini menyaksikan Manitoba mencatatkan keluasan kawasan terbakar melebihi 10 kali ganda berbanding purata musim kebakaran,” kata Ketua Menteri Manitoba Wab Kinew dalam kenyataan itu.

“Apabila jumlah kebakaran meningkat, pemerintah kami sekali lagi mengaktifkan pengisytiharan darurat di seluruh wilayah bagi membantu menyediakan ruang untuk menempatkan penduduk yang terjejas.”

Selain pengisytiharan darurat di seluruh wilayah, beberapa pengisytiharan darurat tempatan kini berkuat kuasa termasuk di Snow Lake, di mana pemindahan wajib sudah dimulakan.

Semua penduduk dan pelawat dikehendaki meninggalkan kawasan berkenaan secepat mungkin sebelum tengah malam.

Menurut laporan media tempatan, lebih sejuta hektar terbakar dalam kebakaran hutan di Manitoba setakat Selasa (8 Jul), iaitu hampir 11 kali ganda purata 20 tahun sebanyak 94,000 hektar bagi tempoh sama setiap tahun.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita