Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wilayah Chaiyapum di Thailand dilanda banjir terburuk dalam 50 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
CHAIYAPHUM: Banjir yang melanda wilayah timur laut Chaiyaphum di Thailand pada Isnin (3 Okt) disifatkan sebagai antara yang terburuk pernah berlaku dalam tempoh 50 tahun.

Gabenornya, Sophon Suwannarat mengisytiharkan empat daripada 16 daerah - iaitu daerah Kaset Sombun, Khon Sawan, Khon San dan Muang sebagai zon bencana, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).

Dewan bandar raya dan kawasan perniagaan di 25 bahagian ditenggelami air manakala paras air dilaporkan terus meningkat.

Para penduduk tempatan turut dijangkiti penyakit Athlete’s Foot dan penyakit kulit dan meminta pihak berkuasa menyalurkan bantuan perubatan.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan