WHO tidak temukan penyakit misteri di Congo
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: AFP/Fabrice Coffrini
GENEVA: Pakar kesihatan antarabangsa percaya bahawa gelombang penyakit di wilayah terpencil Republik Demokratik Congo yang sebelum ini digelar "Penyakit X" disebabkan oleh patogen yang diketahui, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang berpangkalan di Geneva menyatakan pada Jumaat (27 Dis) bahawa malaria, influenza, rhinovirus, coronavirus dan virus lain yang diketahui dikesan dalam 430 sampel makmal yang diambil dari pesakit di wilayah itu.
Ratusan orang jatuh sakit sejak akhir Oktober di daerah Panzi di wilayah barat daya Kwango.
Pesakit mengalami simptom seperti selesema termasuk demam, selesema, sakit kepala, sakit pada anggota badan dan kesukaran bernafas.
WHO melaporkan 48 kematian manakala pihak berkuasa tempatan menyatakan lebih daripada 130 orang meninggal dunia.
Jumlah kanak-kanak di bawah 5 tahun yang terjejas adalah sangat tinggi. Kira-kira 40 peratus daripada penduduk di kawasan itu dilaporkan mengalami kekurangan zat makanan, manakala dalam kalangan kanak-kanak, angkanya dianggarkan setinggi 60 peratus.
Mereka yang tidak cukup makan dan kekurangan nutrien berisiko lebih tinggi untuk jatuh sakit dengan teruk akibat pelbagai patogen.
Pihak berkuasa kesihatan Congo menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sampel yang baik dari kawasan terpencil itu kerana ia mengambil masa tiga hari untuk sampai dari ibu negara, Kinshasa, ke kawasan berkenaan.
Pasukan WHO kini dapat menjalankan siasatan dengan teliti dan mendapati bahawa "gabungan jangkitan virus pernafasan biasa dan bermusim serta malaria falciparum, ditambah dengan kekurangan zat makanan akut, menyebabkan peningkatan dalam jangkitan teruk dan kematian, yang memberi kesan yang tidak seimbang terhadap kanak-kanak di bawah lima tahun."
Pasukan tindak balak krisis pelbagai disiplin juga dihantar untuk menyiasat kejadian itu dan mengukuhkan langkah-langkah di lapangan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.