WHO tetapkan EG.5 sebagai varian COVID-19 'perlu diberi perhatian'
Anggaran Waktu Membaca:
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu (9 Ogos) menetapkan koronavirus jenis EG.5 yang tersebar di Amerika Syarikat dan China sebagai "varian yang perlu diberi perhatian" (VOI). Namun ia tidak menimbulkan ancaman tambahan kepada kesihatan awam berbanding varian lain.
Varian virus terbaharu itu menular dengan cepat di Amerika Syarikat dan membentuk lebih daripada 17 peratus kes baharu, Ia juga dikesan di China, Korea Selatan, Jepun dan Kanada.
APA YANG KITA TAHU TENTANG EG.5
"Secara kolektif, bukti yang ada tidak menunjukkan bahawa EG.5 memiliki risiko tambahan pada kesihatan masyarakat, jika dibandingkan dengan garis keturunan subvarian Omicron lainnya yang ketika ini masih meluas," jelas WHO.
Tambahnya, penilaian yang lebih menyeluruh terhadap risiko yang ditimbulkan oleh varian EG.5 sangat diperlukan.
Maria van Kerkhove, ketua teknikal WHO bagi COVID-19 berkata meskipun penularan varian EG.5 itu cukup pesat, namun jangkitannya tidak lebih teruk daripada varian Omicron lainnya.
Sementara itu, Dr. Mandy Cohen, pengarah Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, berkatan, vaksin terbaharu yang akan ditawarkan pada pertengahan hingga akhir September mendatang, akan memberikan perlindungan terhadap varian EG.5 tersebut.
Ketua CDC itu juga menambahkan, mutasi pada virus tersebut merupakan "perubahan kecil" dan "jenis dari apa yang telah kita lihat sebelumnya."
BANYAK NEGARA TIDAK LAGI LAPORKAN DATA KES COVID-19
Sementara itu, Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata kebelakangan ini banyak negara yang tidak lagi melaporkan data virus korona.
Menurutnya hanya 11 peratus yang masih melaporkan jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital dan ICU akibat virus tersebut.
Sebagai tindak balas, WHO mengeluarkan beberapa saranan mengenai kes virus korona, terutama angka kematian dan jangkitan. WHO juga mendesak negara-negara untuk terus menawarkan vaksinasi berkala.
"Sekitar setahun yang lalu, kami berada dalam situasi yang jauh lebih baik untuk membuat perancangan, bertindak atau bertindak lebih cepat," kata Dr Van Kerkhove.
"Apa yang tidak dapat kami lakukan ketika ini adalah memberikan statistik yang tepat tentang berapa banyak kematian yang sebenarnya terjadi kerana COVID-19," tambahnya.
Dr Van Kerkhove berkata dengan tiadanya data dari banyak negara menghalang usaha untuk melawan virus tersebut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.