Skip to main content

Dunia

WHO tegaskan hak sejagat capai kesihatan mental yang baik

Anggaran Waktu Membaca:
WHO tegaskan hak sejagat capai kesihatan mental yang baik

(Gambar: ThitareeSarmkasat/iStock)

Diterbitkan : 10 Oct 2023 10:30AM
SINGAPURA: Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi tumpuan terhadap hak sejagat untuk mencapai kesihatan mental yang baik.

Namun, apa yang dimaksudkan dengan itu?

Ini bermakna setiap individu mempunyai hak kepada mutu penjagaan kesihatan mental yang bagus, serta pelindungan daripada risiko kesihatan mental.

Ini termasuk hak untuk berdikari, dan tergolong dalam masyarakat pada masa yang sama.

Pada 2019, WHO melaporkan bahawa sekitar 970 juta orang di merata dunia mengalami isu kesihatan mental, hampir seorang bagi setiap lapan orang.

Empat tahun kemudian, pakar menjangkakan bahawa jumlah itu bakal meningkat di tengah-tengah tekanan global baru-baru ini.

Ini termasuk pandemik global serta konflik antara Rusia dengan Ukraine dan krisis iklim yang berterusan.

Namun, kesedaran terhadap isu itu turut meningkat.

Daripada bintang 'A-list' di Hollywood yang kini menjadi penyokong kesihatan mental dan ahli politik yang mendirikan kempen-kempen berkenaan, kepada kesedaran di platform media sosial seperti TikTok, kesihatan mental kini menjadi kandungan yang cukup popular.

Walau bagaimanapun, perbicaran dan kesedaran tidak bermaksud langkah-langkah yang diambil itu mencukupi.

Menurut WHO, gangguan mental kekal di antara 10 penyebab utama beban penyakit di seluruh dunia dalam lebih sedekad.

Dua yang paling biasa ialah gangguan kecemasan serta kemurungan.

Perkara ini dialami di setiap wilayah WHO. Kelazimannya antara 15.6 peratus di Amerika hingga lebih dari 10 peratus di Afrika. Di Asia Tenggara pula, sekitar 13.2 peratus.

Justeru, masih terdapat banyak jurang yang perlu ditangani.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita