Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

WHO seru akses penuh bantuan perubatan, bahan api diberi kepada Gaza 'sekarang'

Anggaran Waktu Membaca:
WHO seru akses penuh bantuan perubatan, bahan api diberi kepada Gaza 'sekarang'

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom. (Gambar fail: AP)

GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu (1 Nov) menyeru supaya Carikan Gaza diberikan akses penuh kepada bantuan perubatan dan bahan api.

"Saya menggesa dan saya merayu untuk akses penuh bagi bantuan perubatan dan bahan api sekarang! Semakin lama kita tunggu, semakin terancam nyawa mereka," lapor Agensi Anadolu, memetik kenyataan Encik Tedros di platform X.

Turkish-Palestinian Friendship Hospital, iaitu satu-satunya hospital awam yang merawat pesakit barah di Carikan Gaza tidak lagi beroperasi susulan serangan Israel dan kekurangan bahan api, menurut Doctors Without Borders di platform X pada Rabu.

"Setakat hari ini, hospital itu tidak lagi beroperasi akibat kekurangan bahan api dan beberapa serangan telah menjejaskan kemudahan itu.

"Ia adalah satu-satunya hospital awam bagi pesakit barah di Carikan Gaza, dan kini berpuluh-puluh pesakit barah berada dalam risiko serius," menurut MSF.

Israel terus menyekat kemasukan bahan api ke Gaza, yang menjadi sumber penting bagi memastikan hospital terus beroperasi. Hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan turut diserang.

Tentera Israel telah memperhebat serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza, hingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 8,796 rakyat Palestin maut manakala lebih 22,000 lagi cedera sejak 7 Okt.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan