Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

WHO saran penumpang penerbangan jarak jauh pakai pelitup

Anggaran Waktu Membaca:
WHO saran penumpang penerbangan jarak jauh pakai pelitup

(Gambar: AFP/Julien De Rosa)

LONDON: Negara-negara harus menimbangkan untuk menyarankan pemakaian pelitup bagi para penumpang yang menaiki penerbangan jarak jauh untuk membendung subvarian terbaru Omicron COVID-19.

Ini memandangkan ia menular dengan pantas di Amerika Syarikat, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa (10 Jan).

Di Eropah, subvarian XBB.1.5 dikesan dalam jumlah yang kecil tetapi semakin meningkat, menurut para pegawai WHO semasa satu taklimat media.

Para penumpang harus dinasihatkan agar memakai pelitup dalam sekitaran berisiko tinggi seperti penerbangan jarak jauh, kata Pegawai Kanan Kecemasan WHO bagi Eropah, Catherine Smallwood, sambil menambah: "Ini seharusnya saranan yang diberikan kepada para penumpang yang tiba dari mana-mana sahaja, di mana terdapat penularan meluas COVID-19."

XBB.1.5 - iaitu subvarian Omicron paling mudah berjangkit yang dikesan sejauh ini - menyumbang kepada 27.6 peratus kes di Amerika Syarikat bagi minggu yang berakhir pada 7 Januari, menurut para pegawai kesihatan negara itu.

Ia masih belum jelas sama ada XBB.1.5 akan mencetuskan gelombang jangkitan tersendiri di merata dunia. Vaksin-vaksin sedia ada terus melindungi daripada gejala-gejala teruk dan dimasukkan ke hospital serta kematian, menurut pakar.

"Negara-negara perlu meneliti pangkalan bukti bagi ujian sebelum keberangkatan," tambah Cik Smallwood, sambil menambah ia penting untuk tidak terlalu fokus kepada satu-satu kawasan sahaja.

Jika tindakan dipertimbangkan, kata beliau, "Pandangan kami adalah langkah-langkah perjalanan harus dilaksanakan dalam cara yang tidak mendiskriminasi (mana-mana negara)."

Sekalipun demikian, ini tidak bermakna agensi itu menyarankan ujian bagi para penumpang yang datang dari Amerika Syarikat buat waktu ini, tambah beliau.

Langkah-langkah yang bleh diambil termasuk tinjauan genom dan menyasarkan penumpang yang tiba dari negara-negara lain asalkan ia tidak mengalihkan sumber-sumber daripada sistem tinjauan domestik. Langkah lain termasuk sistem pemantauan air kumbahan di lokasi-lokasi pintu masuk, seperti lapangan terbang, lapor Reuters.

XBB.1.5 adalah satu lagi jenis Omicron, yang paling mudah berjangkit - dan kini ia dominan di dunia - varian virus itu yang menyebabkan COVID-19 muncul. Ia terhasil daripada XBB, yang pertama kali dikesan pada Oktober, yang merupakan rekombinan dua lagi subvarian Omicron.

Kebimbangan terhadap XBB.1.5 mencetuskan kes-kes baru di Amerika Syarikat dan di negara-negara lain semakin meningkat pada masa yang sama dengan lonjakan kes COVID-19 di China. Ini setelah China menarik balik "dasar sifar COVID" bulan lalu.

Menurut data yang dilaporkan oleh WHO awal bulan ini, satu analisis oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China menunjukkan subvarian BA.5.2 dan BF.7 lebih utama dalam kalangan jangkitan tempatan.

Ramai saintis - termasuk dari WHO - percaya China mungkin melaporkan jumlah jauh lebih rendah berkaitan penularan di negaranya.

Puluhan negara - termasuk Amerika Syarikat - menuntut agar ujian COVID-19 dijalankan ke atas pelawat dari China, lapor Reuters.
Sumber : Reuters/NK/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan