Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

WHO rayu dana lebih AS$2.5b bagi tangani kecemasan kesihatan pada 2023

Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO merayu dana lebih AS$2.5 bilion (S$3.3 bilion) bagi membantu jutaan orang di merata dunia yang menghadapi kecemasan dalam bidang kesihatan.

Anggaran Waktu Membaca:

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO merayu dana lebih AS$2.5 bilion (S$3.3 bilion) bagi membantu jutaan orang di merata dunia yang menghadapi kecemasan dalam bidang kesihatan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan bahawa jumlah rekod 339 juta orang bakal memerlukan bantuan kecemasan tahun ini.

Perangkaan ini naik hampir 25 peratus berbanding tahun lalu. 

"Bukannya harapan, malah tahun baru ini membawa rasa takut.  Takut kepada penyakit, kepada kebuluran, kepada konflik. Rasa takut kepada bencana berkaitan perubahan iklim yang memaksa ramai orang meninggalkan rumah mereka. 

"Sedang kita melangkah ke 2023, kita menyaksikan pelbagai krisis bertumpang tindih buat pertama kalinya dan sekaligus memerlukan tindak balas yang belum pernah terjadi sebelumnya. 

"Dunia tidak boleh berpaling dan berharap krisis ini selesai dengan sendirinya," kata ketua WHO, Dr Tedros Ghebreyesus.

WHO mengatakan ia kini sedang menangani 54 krisis kesihatan di merata dunia.

Sebelas daripadanya berada dalam tahap kecemasan paling tinggi, yang memerlukan bantuan secara meluas.

Ia termasuk perang di Ukraine, wabak taun dan cacar monyet di Republik Demokratik Congo dan kekurangan gizi di Somalia.  

"Harapan menjadi cerah jika kita boleh membiayai ubat-ubatan, menyediakan para doktor, melengkapi para pekerja kesihatan dan mengelakkan kematian dan penderitaan yang boleh dicegah.

"Ayuh kita saling mengingatkan bahawa kita lebih kaya apabila membantu golongan miskin, dan kehidupan kita lebih terjamin apabila mengambil berat terhadap golongan yang hari ini belum terselamat," Duta WHO bagi Pendanaan Kesihatan Global, Gordon Brown.

Sumber : Agensi berita/IA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan