WHO mahu pemantauan selesema burung dipertingkat
Anggaran Waktu Membaca:
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis (28 Nov) menggesa negara-negara untuk meningkatkan pemantauan bagi selesema burung selepas kes pertama dikesan dalam seorang kanak-kanak di Amerika Syarikat.
Jumlah jangkitan selesema burung H5N1 yang dikesan dalam manusia di seluruh dunia meningkat sejak beberapa tahun lalu, kata pengarah kesediaan dan pencegahan epidemik dan pandemik WHO, MAria Van Kerkhove di satu sidang media.
"Apa yang kita perlukan secara global, di Amerika dan di luar negara, adalah pemantauan lebih kukuh dalam haiwan - dalam burung liar, ayam itik, dalam haiwan yang diketahui mudah dijangkiti, termasuk babi dan lembu bagi memahami dengan lebih mendalam penularan dalam kalangan haiwan ini," kata beliau.
H5N1 kali pertama muncul pada 1996 namun sejak 2020, jumlah yang menjejas burung melonjak, di samping peningkatan jumlah mamalia yang dijangkiti.
Jenis virus tersebut menyebabkan kematian puluhan juta ayam itik, dengan burung liar serta mamalia darat dan laut juga dijangkiti.
Kes jangkitan pada manusia yang dicatat di Eropah dan Amerika sebahagian besarnya agak rendah sejak virus berkenaan merebak.
Pada bulan Mac, jangkitan dikesan dalam beberapa kawan lembu di seluruh Amerika.
Pegawai kesihatan Amerika percaya bahawa risiko terhadap orang ramai adalah rendah - meskipun ia lebih tinggi bagi mereka yang bekerja langung dengan haiwan ternakan termasuk burung dan lembu.
Pada Jumaat lalu, pihak berkuasa Amerika menyatakan seorang kanak-kanak di California menjadi yang pertama di Amerika diuji positif bagi jangkitan selesema burung.
Pegawai kesihatan menawarkan pemeriksaan dan rawatan pencegahan kepada kontak yang terdedah di pusat jagaan siang hari kanak-kanak.
Kanak-kanak itu mempunyai gejala ringan dan dikatakan beransur pulih di rumah selepas mendapat rawatan dengan ubat antivirus selesema.
"Termasuk kes terbaharu ini, 55 kes manusia selesema burung H5 kini dilaporkan di Amerika sepanjang 2024, dengan 29 di California," menurut Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat.
Cik Van Kerkhove berkata semua kecuali dua, diketahui terdedah kepada haiwan yang dijangkiti.
"Kami belum melihat bukti jangkitan manusia ke manusia. Namun, bagi setiap kes yang dikesan dalam manusia, kami mahu melihat siasatan menyeluruh dijalankan," jelasnya.
"Kami memerlukan usaha lebih kukuh dari segi mengurangkan risiko jangkitan antara haiwan kepada spesies baharu dan kepada manusia," tambahnya.
Beliau, yang juga ketua teknikal COVID-19 WHO, menekankan pentingnya mempersiapkan diri "bagi bila atau sama ada kami akan berada dalam situasi seperti pandemik selesema".
"Kami belum lagi berada dalam situasi itu, tetapi kami memerlukan lebih banyak pemantauan."

Sumber : AFP/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.