Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

WHO luluskan 2 rawatan baru COVID-19

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan dua rawatan baru COVID-19 pada Jumaat (14 Jan), sekali gus menambahkan sumber dan kaedah di samping vaksin untuk mencegah penyakit teruk dan kematian angkara virus itu.

Anggaran Waktu Membaca:
WHO luluskan 2 rawatan baru COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Jan 2022 09:58AM Dikemas Kini : 14 Jan 2022 09:58AM

PARIS: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan dua rawatan baru COVID-19 pada Jumaat (14 Jan), sekali gus menambahkan sumber dan kaedah di samping vaksin untuk mencegah penyakit teruk dan kematian angkara virus itu.

Berita itu diumumkan sedang kes-kes Omicron memenuhi hospital di merata dunia. WHO pula meramalkan separuh daripada penduduk Eropah akan dijangkiti virus itu menjelang Mac.

Dalam saranannya dalam jurnal perubatan Britain, The BMJ, para pakar WHO berkata ubat merawat keradangan sendi atau artritis, baricitnib, apabila digunakan bersama kortikosteroid untuk merawat pesakit COVID-19 yang sakit teruk mahupun kritikal, membawa kepada kadar peluang meneruskan hidup yang lebih baik dan mengurangkan keperluan bagi alat bantuan pernafasan.

Para pakar juga menyarankan rawatan antibodi sintetik, Sotrovimab, bagi individu yang dijangkiti COVID-19 tidak serius dan mempunyai risiko paling tinggi dimasukkan ke hospital, seperti golongan warga emas, individu dengan daya imun yang lemah atau penghidap penyakit kronik seperti kencing manis.

Manfaat Sotrovimab bagi individu yang tidak berisiko dimasukkan ke hospital dianggap tidak ketara dan WHO menyatakan keberkesanannya terhadap varian-varian baru seperti Omicron "masih belum pasti".

Hanya tiga lagi rawatan COVID-19 mendapat kelulusan oleh WHO, bermula dengan kortikosteroid pada September 2020 bagi pesakit yang sakit teruk.

Saranan rawatan COVID-19 oleh WHO dikemas kini secara kerap berdasarkan data baru daripada uji cuba klinikal.

Sumber : AFP/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa