Skip to main content

Dunia

WHO lulus vaksin baharu denggi keluaran Jepun

Anggaran Waktu Membaca:
WHO lulus vaksin baharu denggi keluaran Jepun

(Gambar hiasan: Miguel Schincariol/AFP)

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan apa yang disebutnya sebagai vaksin pertama yang berkesan melawan penyakit denggi.

Vaksin itu dibuat oleh syarikat farmaseutikal Jepun, Takeda.

Hasil kajiannya menunjukkan vaksin itu mempunyai kadar keberkesanan kira-kira 84 peratus untuk mencegah pesakit denggi daripada perlu dimasukkan ke hospital.

Ia juga 61 peratus berkesan dalam menghentikan gejala-gejala denggi selama empat tahun selepas seseorang mendapatkan suntikan vaksin itu.

Pada masa ini, Bangladesh sedang mengalami wabak denggi yang terburuk di negara itu.

Lebih 200,000 penduduk negara itu sudah dijangkiti denggi tahun ini dan lebih seribu pesakitnya telah meninggal dunia.

Di Singapura sendiri, lebih 6,300 kes denggi dilaporkan tahun ini.

Bulan lalu, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) memberi amaran Singapura berisiko mengalami kenaikan jumlah penyakit denggi.

Walaupun kebanyakan jangkitan adalah ringan, kes yang teruk boleh menyebabkan pendarahan dalaman, kerosakan organ dan kematian.

Pada masa ini, tiada rawatan khusus untuk penyakit itu, yang biasanya berlaku di negara-negara Asia dan Amerika Latin.
Sumber : Agensi berita/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita