WHO keluarkan amaran global terhadap ubat batuk dari India; disyaki ragut nyawa 66 kanak-kanak
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP)
NEW DELHI: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran global terhadap empat ubat pediatrik keluaran sebuah syarikat India selepas ia disyaki menyebabkan kematian 66 orang kanak-kanak di Afrika Barat.
Empat produk yang dikenal pasti itu adalah: Promethazine Oral Solution, Kofexmalin Baby Cough Syrup, Makoff Baby Cough Syrup dan Magrip N Cold Syrup.
Menurut WHO, pengeluar produk tersebut ialah Maiden Pharmaceuticals Limited di wilayah Haryana, utara India.
"Sehingga kini pengeluar yang dinyatakan tidak memberikan jaminan kepada WHO mengenai keselamatan dan kualiti produk ini.
"Analisis sampel makmal bagi setiap empat produk mengesahkan bahawa ia mengandungi jumlah dietilena glikol dan etilena glikol yang berlebihan," menurut WHO dalam kenyataannya pada Rabu (5 Okt).
Gambia pada September melancarkan siasatan terhadap jenama sirap parasetamol selepas berlaku kes kecederaan buah pinggang akut dalam kalangan kanak-kanak.
Berpuluh-puluh kanak-kanak bawah umur lima tahun meninggal dunia sejak Julai dan bukti klinikal menunjukkan sirap parasetamol mungkin menjadi antara puncanya, kata Pengarah Khidmat Kesihatan Gambia Mustapha Bittaye bulan lalu.
Ubat-ubatan itu sudah dikenal pasti di Gambia tetapi mungkin diedarkan melalui pasaran tidak rasmi ke negara atau wilayah lain, menurut WHO.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.