WHO: Jumlah kes sakit campak di seluruh dunia naik semula
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan jumlah kes penyakit campak di seluruh dunia kini naik semula.
SINGAPURA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan jumlah kes penyakit campak di seluruh dunia kini naik semula.
Dalam laporan terbarunya WHO menyatakan penularan penyakit campak meragut nyawa 140,000 orang tahun lalu, sebahagian besarnya kanak-kanak.
Secara keseluruhannya ada 9.8 juta kes penyakit campak tahun lalu berbanding 7.6 juta dalam tahun 2017 yang menyebabkan kematian 124,000 pesakitnya.
Hampir separuh daripada kes campak tahun lalu berlaku di lima negara, Liberia, Congo, Madagascar, Somalia dan Ukraine.
Para pegawai WHO mengatakan bahawa kadar pemvaksinan penyakit campak tidak bertambah sejak hampir 10 tahun.
Menurut mereka maklumat saintifik yang jelas perlu disampaikan kepada orang ramai tentang betapa pentingnya pemvaksinan cegah campak bagi menangkis perbuatan kumpulan-kumpulan tertentu menyebarkan kepalsuan mengenai hal itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.