Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

WHO isytihar cacar monyet 'kecemasan kesihatan global'; sudah merebak ke lebih 70 negara, wilayah

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu (23 Jul) mengisytiharkan penularan cacar monyet sebagai darurat kesihatan sejagat iaitu amaran tahap tertingginya.

Anggaran Waktu Membaca:
WHO isytihar cacar monyet 'kecemasan kesihatan global'; sudah merebak ke lebih 70 negara, wilayah

Vesikel cacar monyet di tangan seorang individu yang dijangkiti penyakit itu. (Gambar: iStock)

GENEVA: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu (23 Jul) mengisytiharkan penularan cacar monyet sebagai darurat kesihatan sejagat iaitu amaran tahap tertingginya.

"Saya sudah memutuskan bahawa penularan cacar monyet global melambangkan darurat kesihatan sejagat yang berpotensi mencetuskan kebimbangan peringkat antarabangsa," umum Tedros Adhanom Ghebreyesus.

"Ketika itu, 3,040 kes cacar monyet dilaporkan kepada WHO dari 47 negara," tulisnya dalam catatan di Twitter.

"Sedari itu, penularan tersebut sudah merebak dan kini terdapat lebih 16,000 kes dilaporkan dari 75 negara serta wilayah dan lima kematian."

Pada 23 Jun lalu, WHO menubuhkan sebuah jawatankuasa kecemasan (EC) yang terdiri daripada para pakar bagi memutuskan sama ada cacar monyet menunjukkan ciri-ciri yang boleh menggolongkannya sebagai Kecemasan Kesihatan Global yang berpotensi mencetuskan kebimbangan peringkat antarabangsa atau PHEIC iaitu tahap amaran tertinggi agensi kesihatan PBB itu.

Bagaimanapun, majoriti anggota jawatankuasa itu menasihati Dr Tedros bahawa keadaan pada ketika itu belum mencapai ambang tahap amaran tersebut.

Mesyuarat kedua diadakan pada Khamis lalu dengan jumlah kes jangkitan semakin meningkat, dengan Dr Tedros meluahkan kebimbangannya.

"Saya memerlukan nasihat anda untuk menilai implikasi kesihatan awam pada jangka segera dan pertengahan," Dr Tedros memberitahu mesyuarat itu yang diadakan selama lebih enam jam.

Bagaimanapun, seorang pakar kesihatan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tegas pada Jumaat.

"Sejak EC #cacarmonyet hanya beberapa minggu lalu, kami sudah menyaksikan kenaikan tinggi pada jumlah kes. Tidak dapat dielakkan bahawa kes akan meningkat secara mendadak dalam masa beberapa minggu dan beberapa bulan akan datang. Itulah sebabnya @DrTedros perlu mengisytiharkan kecemasan global," kata Lawrence Gostin, Pengarah Pusat Kolaborasi WHO mengenai Undang-Undang Kesihatan Nasional dan Global, di Twitter.

"Kegagalan untuk bertindak akan membawa padah buruk kepada kesihatan global," beliau memberi amaran.
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan