WHO giat berusaha kenal pasti asal usul COVID-19, kata Ketua Pengarah
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: iStock)
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih berusaha untuk mengenal pasti asal usul pandemik COVID-19.
Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata pada Jumaat (3 Mac) beliau sudah menulis kepada dan bercakap dengan para pemimpin peringkat tinggi China beberapa kali hanya beberapa minggu lalu.
Beliau menambah semua hipotesis mengenai asal usul virus itu kekal terbuka untuk dibincangkan.
The Wall Street Journal melaporkan pada Ahad lalu (26 Feb) Jabatan Tenaga Amerika Syarikat merumuskan bahawa pandemik itu berkemungkinan timbul daripada kebocoran makmal China.
Namun, Beijing menyangkal penilaian tersebut.

Peneraju teknikal WHO mengenai COVID-19, Maria Van Kerkhove, meluahkan kekecewaannya di Twitter pada Khamis (2 Mac) bahawa Amerika Syarikat tidak berkongsi maklumat tambahan dengan WHO berhubung laporannya yang menilai asal usul virus tersebut.
Beliau pada Jumaat menggesa negara-negara, institusi-institusi dan kumpulan penyelidikan yang mungkin mempunyai sebarang maklumat mengenai asal usul pandemik tersebut untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat antarabangsa.

Sumber : Reuters/LL/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.