Skip to main content

Dunia

WHO gesa penguasa kesihatan periksa ubat batuk kanak-kanak

Anggaran Waktu Membaca:

NEW YORK: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin (23 Jan) menggesa pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan lebih teliti selepas ubat batuk yang membahayakan nyawa kanak-kanak dikesan di sekurang-kurangnya tujuh negara. 

Ubat palsu atau ubat yang tidak mematuhi piawai keselamatan mesti dikenal pasti dan ditarik balik, lapor agensi berita Jerman dpa yang memetik WHO. 

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sekurang-kurangnya 300 bayi di tiga negara meninggal dunia selepas mengambil ubat batuk yang dibeli tanpa mendapatkan preskripsi doktor. Ubat-ubat itu mengandungi bahan toksik seperti pelarut atau ejen pemekat, yang boleh membawa maut sekalipun sedikit. 

WHO pada awalnya tidak mendedahkan negara-negara terbabit. 

Namun, pertubuhan tersebut sudahpun mengeluarkan amaran berhubung insiden di Gambia, Indonesia dan Uzbekistan.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita