Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

WHO gantung bekalan vaksin Covaxin PBB

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggantung bekalan vaksin COVID-19, Covaxin, yang dihasilkan oleh syarikat India, Bharat Biotech, untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Anggaran Waktu Membaca:
WHO gantung bekalan vaksin Covaxin PBB

Seorang pekerja kesihatan memegang dulang-dulang vaksin COVID-19 di Bandar Quezon, Filipina, pada 13 Sep 2021. (Gambar hiasan: AP)

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggantung bekalan vaksin COVID-19, Covaxin, yang dihasilkan oleh syarikat India, Bharat Biotech, untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Langkah itu untuk membolehkan pihak pengilang menaik taraf kemudahan dan menangani kekurangan yang dikesan ketika pemeriksaan dilakukan, lapor Reuters.

Justeru, WHO meminta negara-negara yang sudah menerima vaksin tersebut supaya mengambil tindakan sewajarnya namun tidak menyatakan dengan jelas apakah langkah-langkah berkenaan.

Menurut WHO, vaksin itu berkesan dan tiada kebimbangan keselamatan wujud tetapi penggantungan pengeluaran untuk eksport akan mengakibatkan gangguan pada bekalan Covaxin.

Penggantungan itu sebagai tindak balas terhadap hasil pemeriksaan penyenaraian penggunaan kecemasan (EUL) WHO yang dijalankan dari 14 hingga 22 Mac lalu. Pembuat vaksin sudah menyatakan komitmennya untuk menggantung pengeluaran Covaxin untuk dieksport.

Bagaimanapun, Bharat Biotech gagal dihubungi untuk memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara itu.

Jumaat lalu, pengeluar vaksin itu menyatakan ia memperlahankan pengeluaran Covaxin kerana permintaan merosot bersama dengan kemerosotan jangkitan dan perlindungan vaksinasi yang lebih luas.

WHO menambah syarikat itu komited untuk mematuhi dengan menangani kekurangan GMP. Syarikat itu juga sedang membangunkan pelan tindakan pembetulan dan pencegahan untuk diserahkan kepada Ketua Pengawal Ubat-Ubatan India (DCGI) dan WHO.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan