WHO desak Israel henti serang hospital, sistem kesihatan Gaza di bawah ancaman serius
Anggaran Waktu Membaca:
RAMALLAH: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Isnin (30 Dis) berkata bahawa "sistem kesihatan di Carikan Gaza berada dalam ancaman serius," lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
"Hentikan serangan ke atas hospital. Penduduk Gaza memerlukan akses kepada rawatan kesihatan, dan petugas kemanusiaan memerlukan akses untuk memberikan bantuan kesihatan," katanya.
Encik Tedros turut mendedahkan bahawa Hospital Al-Ahli dan Hospital Pemulihan Al-Wafa di Bandar Gaza telah diserang oleh tentera Israel, menyebabkan kerosakan pada kedua-dua bangunan itu.
WHO dengan kerjasama rakan-rakannya, telah menghantar bekalan perubatan penting, makanan, dan air ke Hospital Indonesia.
Sebanyak 10 pesakit dalam keadaan kritikal dipindahkan ke Hospital Al-Shifa, namun empat daripada mereka telah ditahan oleh tentera Israel semasa proses pemindahan.
Beliau mendesak Israel menghormati keperluan dan hak kesihatan para pesakit itu.
Selain itu, Encik Tedros turut meminta pembebasan Pengarah Hospital Kamal Adwan, Dr Hussam Abu Safia.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sejak bermulanya perang pada 7 Okt 2023, kira-kira 1,060 petugas kesihatan di Carikan Gaza terbunuh, lebih 310 lagi ditahan, ratusan cedera, dan kira-kira 130 ambulans dimusnahkan.
Serangan ke atas infrastruktur perubatan telah menghalang orang awam daripada mendapatkan perkhidmatan kesihatan asas.
Pertubuhan-pertubuhan PBB juga memberi amaran bahawa jumlah bekalan perubatan yang memasuki Gaza tidak mencukupi untuk menyokong respons kesihatan.

Sumber : Bernama/SU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.