Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

WHO bimbang lebih banyak kematian di Sudan akibat penularan penyakit, akses terhad kepada khidmat kesihatan

Anggaran Waktu Membaca:
WHO bimbang lebih banyak kematian di Sudan akibat penularan penyakit, akses terhad kepada khidmat kesihatan

(Gambar: AFP/Fabrice Coffrini)

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan lebih banyak kematian berlaku di Sudan disebabkan oleh penularan penyakit dan kurangnya akses kepada perkhidmatan kesihatan yang penting.

Ini di tengah-tengah pertempuran yang berlaku antara tentera Sudan dengan cabang separa tentera.

Demikian didedahkan Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu (26 Apr).

Sekurang-kurangnya 459 orang terbunuh dan lagi empat ribu cedera dalam konflik bersenjata yang tercetus sejak pertengahan April lalu.

Encik Tedros berkata hanya 16 peratus kemudahan kesihatan masih beroperasi di ibu kota Khartoum.

WHO menganggarkan bahawa 25 peratus daripada nyawa yang terkorban setakat ini, akan dapat diselamatkan jika terdapat akses kepada khidmat kesihatan asas.

Namun, anggota paramedik, jururawat dan doktor tidak dapat akses kepada mereka yang cedera, dan orang awam pula tidak dapat mengakses khidmat kesihatan.

WHO juga menjalankan penilaian risiko bagi menentukan sama ada rampasan sebuah makmal di Khartoum yang menyimpan patogen virus menimbulkan risiko kepada kesihatan awam.

Sebelum ini, WHO menyatakan makmal berkenaan dirampas oleh salah satu pasukan tentera yang terbabit dalam konflik tersebut.

Namun, risiko utama kepada penduduk Sudan adalah ketiadaan bekalan air bersih dan vaksin serta isu-isu kebersihan yang lain.
 
Sumber : Reuters/HA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan