Skip to main content

Dunia

WHO bimbang kekurangan tenaga kerja kesihatan semakin ketara jelang 2030

Anggaran Waktu Membaca:
WHO bimbang kekurangan tenaga kerja kesihatan semakin ketara jelang 2030

Logo Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilihat di ibu pejabat WHO di Geneva, Switzerland, pada 28 Januari 2025. (Gambar: Reuters/Denis Balibouse)

Diterbitkan : 19 Sep 2026 12:18AM
  • WHO memberi amaran dari Geneva pada 18 Sep bahawa dunia berdepan jurang tenaga kerja perubatan pada 2030-an akibat penuaan penduduk dan pekerja kesihatan.
  • Laporan berdasarkan data lebih 100 negara mengunjurkan kekurangan 11.1 juta tenaga kerja kesihatan menjelang 2030, dengan 67 negara tidak cukup kakitangan.
  • WHO menyatakan 832,000 pekerja kesihatan tambahan diperlukan untuk mengekalkan kepadatan semasa, sekali gus mengurangkan risiko kebergantungan negara miskin kepada tenaga asing.
  • Negara berpendapatan tinggi, termasuk banyak negara Eropah, dijangka paling terjejas kerana seorang daripada tiga doktor mungkin bersara dalam 10 tahun.
Dijana oleh AI
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat (18 Sep) memberi amaran mengenai jurang tenaga kerja perubatan di seluruh dunia pada 2030-an, dengan 25 peratus doktor dijangka bersara dalam tempoh sedekad akan datang.

“Di banyak negara, penduduk dan tenaga kerja kesihatan kita semakin menua pada masa yang sama. Ini boleh memburukkan lagi unjuran kekurangan 11.1 juta tenaga kerja kesihatan di seluruh dunia menjelang 2030,” menurut WHO dalam satu kenyataan yang mengiringi laporan utama mengenai trend tenaga kerja, berdasarkan data daripada lebih 100 negara.

Menjelang 2030, 67 negara dijangka kekurangan tenaga kerja yang mencukupi untuk mengekalkan piawaian rawatan perubatan yang dinikmati ketika ini, dedah WHO.

Bagi mengekalkan kepadatan tenaga kerja perubatan semasa berbanding jumlah penduduk, tambahan 832,000 tenaga kerja kesihatan diperlukan. Keadaan ini boleh meningkatkan kebergantungan kepada tenaga penjagaan kesihatan asing di negara-negara lebih miskin, yang berpotensi menjejas piawaian penjagaan kesihatan di negara-negara berkenaan, menurut laporan tersebut.

Negara berpendapatan tinggi, termasuk banyak negara di Eropah, dijangka paling terjejas kerana mempunyai bahagian tenaga kerja penjagaan kesihatan yang lebih berusia, menurut laporan itu. Di negara-negara ini, seorang daripada setiap tiga doktor dijangka bersara dalam tempoh 10 tahun akan datang, jelas WHO.
Sumber : Reuters/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita