Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

WHO bimbang angka korban gempa Turki, Syria boleh meningkat 8 kali ganda kepada lebih 20,000

Anggaran Waktu Membaca:
GENEVA: Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat di Turki dan Syria boleh meningkat kepada lebih 20,000 mangsa.

Menurut pegawai kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Catherine Smallwood, kemungkinan itu berdasarkan pemerhatian agensi tersebut terhadap kes-kes terdahulu melibatkan kejadian bencana gempa.

"Terdapat kemungkinan berlaku runtuhan berterusan, jadi kami sering melihat kebarangkalian lapan kali ganda peningkatan pada angka awal.

"Kami sentiasa melihat perkara yang sama melibatkan gempa bumi, iaitu laporan awal jumlah mangsa yang meninggal dunia atau cedera meningkat dengan ketara pada minggu berikutnya," kata Cik Smallwood.

Angka korban akibat gempa bumi sekuat 7.8 magnitud yang menggegarkan Turki dan Syria semalam mencecah 3,830 setakat jam 7.50 pagi waktu Malaysia.

Jumlah kematian di Turki meningkat kepada 2,379, kata Naib Presiden Turki Fuat Oktay.

Di Syria, 711 kematian dilaporkan di kawasan yang dikawal pemerintah, manakala Agensi Pertahanan Awam Syria melaporkan 740 kematian di kawasan yang dikawal pembangkang.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan